Pages

Powered By Blogger
Subscribe:

Ads 468x60px

Friday

QeSaH BuNgA..

Pada 1 hari, cikgu masuk ke kelas untuk mengajar anak didiknya tentang erti kasih sayang.... Belum sempat cikgu meneruskan perbualan, seorang muridnya bertanya, "Cikgu, macam mana ya kita nak pilih pasangan hidup supaya kekal berpanjangan?"
 Lalu cikgu itu dengan selambanya menjawab, "Boleh tak kamu tolong saya?"
Murid : Apa dia cikgu?

Cikgu : Kamu  ke padang sekejap boleh tak? Tolong carikan untuk saya bunga yang paling cantik! Tapi ingat, sekali kamu maju ke depan, kamu tidak boleh berundur atau menoleh ke belakang lagi. 

Tanpa melengahkan masa, murid itu terus menuju ke padang. Dia jumpa banyak sangat bunga yang cantik. Tapi dalam banyak2 bunga yang cantik tu, mesti ada lagi yang paling cantik. Lalu dia berjalan terus ke depan dengan mengharapkan dia akan jumpa bunga yang paling cantik kat depan. Tapi bila dah sampai di penghujung padang, tiada 1 pun bunga yang paling cantik yang dia jumpa. 

Dengan perasaan yang kecewa, dia kembali ke kelas.

Setibanya dia di kelas, cikgu bertanya, "Mana bunga yang saya suruh awak cari tadi? Ada jumpa tak?"

Dia menjawab, " Ada cikgu. Banyak sangat bunga yang cantik kat padang tu, tapi saya mengharapkan bunga yang paling cantik.........."

Belum sempat dia meneruskan alasannya, cikgu tersebut terus mencelah..
"Sebab tu bila kita dah dapat sesuatu, jangan mengharapkan perkara yang lebih baik dan lebih sempurna dari apa yang sudah kita miliki. Jadi, kita kena hargai apa yang kita ada sekarang kerana itulah yang paling sempurna dan yang paling cantik...!"

No comments:

JoM LeR s!nGgaH..!!